Dokumen bawah bantal
GEORGETOWN: Penahanan seorang lelaki warga asing kerana memiliki dokumen palsu pada minggu lalu membongkar kegiatan licik sindiket pemalsuan pasport antarabangsa di Lebuh Mahsuri, Bayan Baru, di sini, kelmarin.
Serbuan dibuat kira-kira jam 11 malam di tingkat dua sebuah rumah pangsa selepas melakukan intipan selama lima jam terhadap seorang lelaki warga Myanmar berusia 35 tahun.
Siasatan awal mendapati kegiatan lelaki itu yang dipercayai sudah beroperasi sejak beberapa tahun lalu mampu memperolehi keuntungan lumayan hingga mencecah ratusan ribu ringgit.
Operasi dilakukan sepasukan 12 penguat kuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang selepas menerima maklumat berhubung satu penghantaran dokumen akan dibuat pada malam kelmarin.
Malah, dalam serbuan berkenaan, pegawai penguat kuasa melihat lelaki terbabit cuba membuang satu bungkusan plastik yang dipercayai mengandungi pelbagai dokumen melalui tingkap dapur.
Bagaimanapun, niat lelaki itu cuba mengelirukan pihak berkuasa gagal apabila disedari penguat kuasa, menyebabkan dia kemudian cuba menyembunyikan dokumen itu di bawah bantal seorang daripada dua anaknya.
Ketua Bahagian Penguat kuasanya, Basri Hassan berkata, siasatan terhadap seorang lelaki warga Indonesia yang ditahan di Butterworth kerana memiliki dokumen UNHCR dipercayai palsu membawa kepada penahanan suspek.
Menurutnya, sebelum itu, pihaknya terpaksa mengekori dan mengintip suspek dari Seberang Prai hingga ke bahagian pulau sebelum melakukan serbuan di rumahnya.
“Penguat kuasa memasuki rumah lelaki itu untuk membuat pemeriksaan sebelum menemui bungkusan plastik berkenaan disembunyikan di bawah bantal anaknya yang sedang tidur di dalam sebuah bilik.
“Hasil siasatan awal, kami menemui 10 pasport Indonesia dan satu pasport Myanmar dipercayai palsu, 19 pelekat Jabatan Imigresen mempunyai nombor siri dan lima pelekat tanpa nombor siri.
“Turut ditemui, cop keluar masuk ke Malaysia/Indonesia, beberapa keping sijil nikah palsu masih kosong, dua disket mengandungi pelbagai maklumat dan beberapa peralatan pemprosesan,” katanya.
Difahamkan, suspek memproses dokumen untuk warga asing dan setiap pelekat palsu Jabatan Imigresen dikenakan bayaran antara RM3,000 hingga 5,000 bagi tempoh setahun.
Malah, sijil nikah palsu yang ditemui dipercayai dikeluarkan dari negara Thailand berdasarkan muka depan sijil berkenaan ditulis dalam tulisan jawi manakala bahagian belakang ditulis dalam bahasa Thai.
Basri berkata, seorang wanita warga Indonesia berusia 20-an turut ditahan di dalam rumah berkenaan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah dipercayai cuba mendapatkan khidmat suspek.
Menurutnya, ketika serbuan, isteri suspek yang juga warga tempatan berusia 34 tahun serta sepasang anaknya berusia lapan dan lima tahun berada di dalam rumah terbabit.
Katanya, dalam soal siasat awal, suspek mendakwa dia hanya bertindak sebagai ejen penghantaran sahaja dan tidak terbabit dalam kegiatan pemalsuan dokumen berkenaan.
“Pada masa ini, Jabatan Imigresen sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti bagaimana suspek memperolehi pelekat serta cop berkenaan, kerana ia dipercayai membabitkan sindiket.
“Siasatan awal juga mendapati suspek menggunakan modus operandi mencari mana-mana warga asing dengan memberi jaminan boleh menyambung tempoh pasport mereka yang luput,” katanya.
Beliau berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 55(D) Akta Imigresen 1959/1963 pindaan 2002, jika sabit kesalahan boleh tidak melebihi RM30,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun dan dihukum enam sebatan.
Menurutnya, suspek kini ditahan di pejabat Jabatan Imigresen negeri di Seberang Jaya untuk siasatan lanjut.
Jemaah haji Malaysia belanja RM9.5j membeli-belah di Madinah
MADINAH 10 Dis. – Sepuluh juta riyal Saudi! (RM9.5 juta). Itulah jumlah wang yang dibelanjakan oleh jemaah haji Malaysia di Madinah setakat ini.
Selain berlumba-lumba beribadat untuk menyempurnakan solat fardu di Masjid Nabawi, masjid kedua tersuci selepas Masjidilharam di Mekah, para jemaah tanah air juga kelihatan sibuk mengunjungi kedai-kedai di sekitar tempat penginapan mereka dan di kawasan sekitar.
Menurut Pengurus Kewangan Tabung Haji Malaysia di Madinah, Mohd Redhuan Sabaruddin, purata setiap hari antara 800 dan 900 jemaah membuat transaksi di kaunter-kaunter pengeluaran Tabung Haji di sekitar kota suci Madinah.
Mengikut perangkaan sehingga semalam - lebih 12,400 transaksi yang membabitkan pengeluaran lebih 10 juta riyal Saudi dibuat oleh jemaah haji Malaysia sejak kaunter itu dibuka 21 November lepas.
Beliau berkata, Tabung Haji membuka empat kaunter pengeluaran, masing-masing di setiap tiga zon, selain buat julung kalinya membuka sebuah kaunter khas untuk jemaah yang menggunakan perkhidmatan pakej haji.
Namun, pengeluaran tahun ini agak menurun berbanding 15,164 transaksi yang membabitkan pengeluaran 11.34 juta riyal Saudi untuk tempoh yang sama bagi musim haji 1426 Hijrah yang lepas,” katanya kepada wartawan Bernama yang membuat liputan musim haji kali ini di sini.
Mohd Redhuan berkata, kemuncak transaksi yang dibuat oleh para jemaah ialah pada 5 dan 6 hari lepas, dengan pengeluaran berjumlah 850,000 riyal Saudi sehari dan jumlah pengeluaran tertinggi yang dikeluarkan oleh seorang jemaah ialah 10,000 riyal Saudi.
Jumlah tersebut (10,000 riyal) juga merupakan jumlah maksimum yang dibenarkan oleh bahagian kewangan Madinah untuk satu-satu pengeluaran.
Mohd Redhuan berkata, kebanyakan jemaah membuat pengeluaran untuk tujuan membeli-belah seperti barangan cenderahati dan perbelanjaan lain di kota Madinah.
– Bernama
“Mereka berpengalaman, cantik dan berdisiplin. Erin pernah jumpa Fasha dan Rita. Mereka berdua ramah,” akui Erin. Spontan dan bersahaja jawapannya. Mungkin juga ada kejujuran pada kata-katanya yang petah itu.
Erin adalah salah seorang pelakon kanak-kanak filem Tentang Bulan yang akan mula ditayangkan pada 21 Disember ini.
Filem terbitan Metrowealth Movies Production (MMP) itu merupakan filem kedua lakonan Erin selepas Bilut. Sebelum itu, Erin pernah muncul dalam drama-drama TV; Cinta Hidayah, Lagu Buat Ibu dan Dilema Wanita.
Dalam Tentang Bulan, Erin memegang watak Ina yang menjadi rebutan lima kanak-kanak lelaki disebabkan kecantikan dan sifat santunnya.
“Saya memang serius hendak berjaya sebagai pelakon tanah air,” kata anak kelahiran Kuala Lumpur ini bersungguh-sungguh.
Untuk itu, kata gadis cilik ini, dia menyimpan impian untuk berlakon di bawah arahan pengarah terkenal tanah air Yasmin Ahmad dan Datuk Yusof Haslam.
Persoalannya mampukah Erin mencapai impiannya?
Mungkin juga! Selain petah berkata-kata, Erin memiliki keberanian beraksi di pentas.
Walau baru berusia 12 tahun, kata Erin, dia sudah pun terlibat dalam bidang peragaan.
“Erin baru mula catwalk tahun lalu,” kata gadis yang memiliki wajah seiras pelakon terkenal Indonesia, Dian Sastrowardoyo yang mendapat keputusan 3A pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.
sy nak berkenalan dengan erin malek read more
on Hi_01_big